10 Tempat Menarik di Banting Yang Popular
10 Tempat Menarik di Banting Yang Popular

10 Tempat Menarik di Banting Yang Popular

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
X
Threads
Email
Print

Nak hilangkan bosan dan cuba sesuatu yang baru? Jangan lepaskan peluang anda untuk datang berkunjung ke semua tempat menarik di Banting, Selangor yang bakal kami kongsikan dalam perkongsian kali ini. Tidak seperti tempat lain, di Banting ini anda bukan sahaja dapat meneroka sesuatu yang baharu, tetapi juga berpeluang untuk belajar sejarah dan menambah ilmu pengetahuan.

Menariknya lagi, semua tempat yang kami kongsikan ini sangat cantik dengan panaroma dan landskap yang berlainan dan paling best sekali adalah kebanyakannya tempat-tempat best ini adalah percuma. Jadi, bagi anda yang sedang dalam bajet, semua tempat best di Banting ini perlu dijadikan pilihan utama anda. Tanpa membuang masa, jom kita terokai 10 tempat best di Banting ini!

Senarai Tempat Menarik di Banting

Pantai Morib

Pantai Morib merupakan destinasi ideal untuk anda meluangkan masa bersama rakan dan keluarga tersayang. Pantai ini menawarkan keselesaan dengan permukaan yang landai, sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga seperti mencari pepahat, menangkap ketam, atau sekadar bersantai, berkelah, dan berkhemah. Kemudahan awam seperti tandas yang bersih dan beroperasi selama 24 jam, serta kemudahan lain seperti kedai dan gerai makanan yang banyak dan pelbagai memudahkan anda untuk bersantai sambil menjamu selera.

Kawasan pantai yang bersih ini turut mempunyai persembahan busking membuatkan perasaan anda membuai-buai sambil menikmati pemandangan laut yang menakjubkan. Terdapat juga kawasan khas untuk aktiviti pantai, dengan kemudahan sewaan khemah dan kerusi. Anak-anak boleh berseronok dengan bermain air pantai, layang-layang, dan mandi manda tanpa risau akan risiko keselamatan kerana permukaan pantainya sangat landai.

Di waktu malam pula, anda masih lagi boleh bermandi-manda kerana pantai ini dilengkapi dengan pencahayaan yang mencukupi di seluruh kawasannya. Jadi, dengan semua daya tarikan ini, jom datang berkunjung ke tempat best Banting ini untuk saksikan kecantikan matahari terbenam dan pemandangan kampung yang autentik di destinasi yang sempurna ini bersama keluarga atau rakan-rakan anda.

Alamat: Morib, 42700 Banting, Selangor

Tadom Hill Resort

Tadom Hill Resort

Tadom Hill Resort, destinasi peranginan buluh yang memukau dengan tasik zamrud dan bukit batu kapur yang berdiri megah. Terletak berdekatan dengan alam semula jadi, tempat ini tidak hanya menawarkan pilihan terbaik untuk mengisi hujung minggu anda, tetapi juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan makanan yang luar biasa. Dengan kemudahan yang hebat, pengalaman di Tadom Hill Resort tidak hanya memuaskan keinginan semula jadi anda, tetapi juga mencipta peluang foto yang menarik. Terletak berhampiran dengan KLIA, ia menjanjikan akses mudah untuk anda sampai ke sini dan membuatkannya menjadi destinasi yang sesuai untuk pelancong dari luar negara.

Bangunan unik yang dibina di sini hampir sepenuhnya menggunakan buluh menonjolkan lagi keunikan Tadom Hill Resorts manakala pemilik dan kakitangan yang ramah menambah keselesaan penginapan anda. Selain kecantikan dan keunikannya, tempat ini juga turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti Adara kit, ATV, dan flying fox. Dengan pemandangan matahari terbit dan terbenam yang mengagumkan, sebaik sahaja anda melangkah masuk ke Tadom Hill Resorts, anda pasti akan teruja dengan pengalaman menarik yang membebaskan anda dari dunia yang penuh dengan tekanan!

Alamat: 2, Jalan Bukit Tadom, Kampung Orang Asli, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

Masjid DiRaja Sultan Ala’eddin

Masjid DiRaja Sultan Ala’eddin

Salah satu tempat menarik di Banting, Selangor yang wajib anda kunjungi adalah Masjid DiRaja Sultan Ala’eddin, yang terletak di Bandar Purba Jugra di luar Bandar Diraja Klang, merupakan sebuah ciptaan seni bina yang menakjubkan. Dibuka pada tahun 1905 oleh Sultan Selangor ke-5, Sultan Alaeddin Suleiman Shah Ibni Raja Muda Musa, masjid ini menampilkan reka bentuk yang memikat hati dengan pengaruh gaya Arkitektur Moghul Kut dan Timur Tengah.

Masjid ini menjadi salah satu destinasi yang sesuai untuk anda yang gemar bergambar kerana keunikan yang terdapat pada reka bentuknya yang cukup klasik dan megah. Didaftarkan di bawah Akta Warisan Negara pada tahun 2008, masjid ini menyumbang kepada kekayaan budaya negara dan terus menjadi salah satu permata tersembunyi yang mempesona di Jugra.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mengunjungi masjid ini untuk menghayati dengan lebih dekat sebuah peninggalan bersejarah yang menggambarkan keindahan seni bina dan kepelbagaian budaya ini.

Alamat: Jalan Istana Lama, Kampung Bandar, 42700 Banting, Selangor

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam setiap hari

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
X
Threads
Email
Print
10 Tempat Menarik di Banting Yang Popular

Nak hilangkan bosan dan cuba sesuatu yang baru? Jangan lepaskan peluang anda untuk datang berkunjung ke semua tempat menarik di

12 July 2024
Hiking

Tempat hiking di Selangor dan Kuala Lumpur yang popular selalunya mudah sahaja untuk didaki. Bagi sesiapa yang baru sahaja mahu

12 July 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Your email
Password
Remember me

or